Jenazah dua beranak, Hasliza Arini Muhamad @ Hamid, 34 dan, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2, yang maut dalam kemalangan yang membabitkan dua buah kereta berhampiran simpang Sungai Ruan, Raub pagi semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran, di sini, awal pagi tadi.

Jenazah dua beranak itu tiba di kampung halaman mereka pada pukul 2.05 pagi dengan ambulan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raub, Pahang.

Jejurus tiba kedua-dua jenazah diusung untuk disembahyangkan di surau berhampiran tanah perkuburan sebelum dikebumikan di dalam satu liang lahad pada pukul 2.50 pag.

Turut hadir ibu mangsa, Sapinah Hussin, 67, yang tidak dapat menahan terpaksa dipapah oleh anggota keluar ramai ketika melihat keranda yang membawa jenazah anak dan cucunya itu diusung.

Dalam tragedi kira-kira jam 2.45 pagi semalam suami Hasliza Arini iaitu Mohd Syaril Sulaiman, 44, serta dua lagi anak mereka, Khaliesah Khairina Mohd Syaril, 7 dan Dhia Afriena Mohd Syaril, 5 cedera parah dan kini masih menerima rawatan di Hospital Lipis.

BACA: Hasrat lima sekeluarga sambut Ramadan di kampung tak kesampaian

Tragedi di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Ruan, di Raub, Pahang, yang membabitkan kereta Perodua Myvi dan Perodua Kancil itu turut mengorbankan tiga lagi mangsa sekeluarga iaitu Nasrul Fakhri Mansor, 38, dari Klang, isteri bayi perempuan mereka berumur setahun.

-- BERNAMA