awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah empat beranak selamat dikebumi dalam satu liang lahad

Bernama
Bernama
13/03/2016
14:40 MYT
Jenazah empat beranak selamat dikebumi dalam satu liang lahad
Ruhani Mohamad, 63, begitu sedih melihat jenazah anaknya Norulaini Abdul Gahni, 43, sebelum dikebumikan di satu liang lahad di tanah perkuburan masjid FELDA Jengka Enam, Ahad. - Gambar Bernama
Jenazah empat beranak yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 13 Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 6 di sini pukul 6.30 petang tadi.
Jenazah Norulaini Ab Ghani, 43, suaminya Raja Mohd Adnan Raja Hussain, 45, dan anak mereka Raja Nur A'iysah, 14, serta Raja Nur Anis Batrisya, 8, dikebumikan dalam satu liang lahad selepas disembahyangkan di Masjid Al-Wifaq di felda berkenaan.
Terdahulu, jenazah empat beranak itu tiba di masjid berkenaan pada pukul 5.15 petang dan disambut lebih 100 orang terdiri daripada anggota keluarga dan penduduk kampung.
Suasana pilu mula dirasai apabila ibu kepada Norulaini, Ruhani Mohammad, 63, mula menangis dan memanggil nama dua cucunya sebaik sahaja jenazah mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.
Turut berada di tanah perkuburan itu ialah ibu kepada Raja Mohd Adnan, Tuan Fatimah Tuan Salleh, 62, yang tinggal di Machang, Kelantan.
Dalam kemalangan 2.15 petang itu, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Perodua Alza yang dipandu Norulaini terbabas dan bertembung dengan van membawa barangan runcit.
Kemalangan itu mengakibatkan anak kedua pasangan itu, Raja Nur Alyaa Masturina, 13, yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Kalsum, Kuala Kangsar di Perak patah kaki dan dirawat di Hospital Lipis.
Turut cedera ialah pemandu van Toyota Hiace, Wendi Hasby, 26.
Kemalangan itu berlaku semasa keluarga malang itu dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung Norulaini dari Kuala Kangsar.
Topic Berkaitan
#Jenazah empat beranak terkorban di Sungai Koyan-Cameron Highlands selamat dikebumikan
#Tanah Perkuburan Felda Jengka 6
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan