awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Hail Amir dikebumi Selasa

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
06/05/2024
11:03 MYT
Jenazah Hail Amir dikebumi Selasa
Allahyarham Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur di ibu negara pada Isnin selepas mengalami komplikasi paru-paru. Beliau dilaporkan dimasukkan ke HKL pada Sabtu lalu. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Jenazah penyanyi Datuk Hail Amir yang meninggal dunia pada Isnin akan dikebumikan pada pagi Selasa di tanah perkuburan Ukay Perdana di Ampang, Selangor.
Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah mewakili persatuan Seniman memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Seniman amat berdukacita atas pemergiah arwah ke negeri abadi dan redha atas ketentuan Ilahi.
"Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan disyurga," kongsinya dalam kenyataan itu.
Jelas Hafiz, sepanjang pembabitan Allahyarham dalam dunia seni, Allahyarham yang berasal dari Pulau Pinang terkenal sebagai pasangan duet kepada penyanyi bersuara lunak, Uji Rashid.
Antara karya yang pernah dicipta sepanjang pembabitannya dalam dunia seni sejak lebih lima dekad lalu, Allahyarham pernah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2022.
Lagu popular yang sentiasa dimainkan di corong-corong radio adalah Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku terrmasuk Seloka Hari Raya menjadi siulan ramai.
Allahyarham Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur di ibu negara pada Isnin selepas mengalami komplikasi paru-paru. Beliau dilaporkan dimasukkan ke HKL pada Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
#Hail Amir meninggal dunia
#Hospital Kuala Lumpur
#komplikasi paru-paru
#lagu Seloka Hari Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan