IPOH: Jenazah pelawak kumpulan Senario, Allahyarham Hamdan Ramli, 54, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun dekat sini, malam Jumaat.
Sebelum itu van yang membawa jenazah Hamdan tiba di Masjid Abu Ubaidah pada 10.10 malam disusuli solat jenazah yang disertai lebih 200 jemaah dan diimamkan oleh Imam Muhammad Saad.
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun untuk dikebumikan.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran kira-kira 300 ahli keluarga, artis, penduduk setempat dan peminat yang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Turut hadir anggota kumpulan Senario yang lain termasuk Azlee, Wahid, Ilya dan Yassin.
Terdahulu, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah Johor (HSA) akibat jangkitan kuman dalam darah selepas mengalami cirit-birit dan sesak nafas.
Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, serta empat orang anak Muhamad Zeyreen Misha, 31, Muhamad Nazreen Aiman, 28, Muhamad Syazreen Haqem, 25, dan Nur Natasya Umairah, 21.
Pada 1 Jan lepas, kumpulan Senario dilaporkan memohon peminat agar mendoakan kesembuhan rakan mereka Hamdan yang ditidurkan di HSA selepas mengalami komplikasi buah pinggang.
Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru sempena sambutan Tahun Baharu 31 Dis lepas, namun persembahan itu terpaksa diteruskan tanpa kehadiran Allahyarham.
Hamdan dilahirkan di Batu Gajah memenangi program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1995 bersama Ilya serta Wahid dan kemudiannya membentuk kumpulan Senario pada tahun 1996 bersama Shamsul Ghau Ghau, Azlee, Mazlan, Ilya, Wahid dan Farouk Hussain.
Beliau pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Aku Kaya The Movie (2003), Tipah Tertipu The Movie, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita, Kemarau Cinta, Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007), Senario The Movie: Episode 1 (2008) dan yang terbaru pada tahun 2022, Jaga-Jaga Senariounion dan Abang Long Fadil 3.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, serta empat orang anak Muhamad Zeyreen Misha, 31, Muhamad Nazreen Aiman, 28, Muhamad Syazreen Haqem, 25, dan Nur Natasya Umairah, 21. - Gambar Sinar Harian
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Jenazah Hamdan Senario selamat dikebumikan
Jenazah pelawak kumpulan Senario, Allahyarham Hamdan Ramli, 54, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun dekat sini, malam Jumaat.
Pemergian Hamdan Senario, industri hiburan kehilangan seorang lagi permata - Seniman
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, Hafiz menyatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah, komplikasi jantung dan buah pinggang.
Teruja raya awal? Jom layan 'Jaga-Jaga Senariounion', pasti berdekah satu rumah
Filem "Jaga-Jaga Senariounion" telah pun ditayangkan sejak minggu lalu dan pastinya sesuai dilayan ketika Syawal ini.
'Kenduri nikah paling ribut!' - Penonton tersembur gelak, puas layan Jaga-Jaga Senariounion
Keterujaan luar biasa itu dilihat apabila ramai peminat meluahkan rasa puas mereka menonton filem berkenaan.
'Terima kasih tunai hajat kami' - Peminat teruja tonton Jaga-Jaga Senariounion
Ada yang berjaga tengah malam tadi menantikan tayangan awal pagi, namun tidak kurang juga mahu menonton dengan tujuan mengimbau kenangan lama.
Kumpulan pelawak legenda Senario kembali dengan filem 'Jaga-Jaga Senariounion'
Anda boleh melanggan dan saksikan 'Jaga-Jaga Senariounion' Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.
Senario bakal kembali, Saiful Apek kini pakar motivasi
Pelakon komedi dan pelawak terkenal, Saiful Apek memberitahu kumpulan Senario bakal kembali menerusi album terbaru mereka tidak lama lagi.
Mengamuk dengan penguatkuasa MPSJ, Lan Pet-Pet akui kesilapan
Lan akui apa yang terjadi adalah berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.