Jenazah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Matang, Batu 10 di sini malam ini.

Jenazah Allahyarham yang tiba di Kuching dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dari Brunei pada kira-kira 8.55 malam, dikebumikan pada kira-kira 10.30 malam.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan Allahyaram berada di tanah perkuburan.

Terdahulu, solat sunat jenazah diadakan di kediaman keluarga Allahyarham di Jalan Matang di sini yang dipimpin oleh Imam Masjid Darul Salam, Wan Fatahan Tengku Anuar.

Ismail meninggal dunia kira-kira 8.33 pagi tadi selepas dilaporkan pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan.

BACA: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei meninggal dunia selepas pengsan

BACA: Mimpi ibu tak disangka jadi petanda pemergian Ismail


Allahyarham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Kementerian Luar pada 1992 dan pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian Eropah dari Januari 2018 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.

Allahyarham meninggalkan isteri Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah, 23, dan Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungary.

-- BERNAMA