NATIONAL
Jenazah lelaki kes jangkitan COVID-19 di Tawau selamat dikebumikan

Proses penguburan jenazah disempurnakan sepenuhnya oleh lima petugas khas dari hospital yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi. - Astro AWANI
Jenazah mangsa kes ke-152 COVID-19 yang meninggal dunia pada jam 6.27 petang Jumaat di Hospital Besar Tawau, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Pasir Putih di sini, pada jam 10.30 malam tadi.
Ketibaan jenazah di tanah perkuburan dikawal rapi pihak polis.
Ahli keluarga serta rakan jemaah ahli tabligh yang turut hadir dilarang menghampiri kawasan perkuburan, sehingga selesai pengebumian.
Proses penguburan jenazah disempurnakan sepenuhnya oleh lima petugas khas dari hospital yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE).
Mangsa, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 58 tahun, merupakan kes COVID-19 daripada kluster jemaah tabligh.
Kesihatannya semakin merosot ketika menjalani rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang Jumaat.
Ini adalah kematian ketiga melibatkan COVID-19 di Malaysia selepas kes di Sarawak dan Johor.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami