Skip to main content

Malaysia

Jenazah Nur Farah Kartini dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh

41721288788_NurFarahKartini.jpg
SUNGAI BULOH: Van membawa jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, kira-kira jam 2.14 petang.

Turut kelihatan mengiringi van jenazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu adalah beberapa kenderaan ahli keluarga dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jenazah dibawa ke Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor, Pekan, Pahang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, lewat petang ini.

Foto Sinar Harian

*Artikel disiarkan di Sinar Harian


Advertisement

Must Watch Video