awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang

Bernama
Bernama
17/07/2024
09:32 MYT
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Proses bedah siasat mayat Nur Farah Kartini di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada 6.10 petang, semalam. - Gambar fail/PDRM
SUNGAI BULOH: Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
Perkara itu dinyatakan abang mangsa, Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, menerusi sistem mesej aplikasi WhatsApp hari ini.
"Saya tidak pasti pukul berapa boleh datang ke Jabatan Forensik untuk tuntut jenazah," katanya.
Mohd Farriza Amir berkata butiran lanjut berkaitan urusan pengebumian adiknya juga belum dapat dikongsikan lagi.
"Apa yang saya boleh katakan jenazah akan dikebumikan di Pahang," katanya.
Sebelum ini media melaporkan proses bedah siasat mayat Nur Farah Kartini di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada 6.10 petang, semalam.
Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang kira-kira 6 petang, pada Isnin.
Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak kini direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nur Farah Kartini Abdullah
#tuntut jenazah
#dibunuh
#sampel DNA ibu
#abang Nur Farah Kartini
#Mohd Farriza Amir Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan