awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadut

Bernama
Bernama
24/07/2023
03:00 MYT
Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadut
Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memimpin solat jenazah Allahyarham Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot di Serkat, Pontian, hari ini.
PONTIAN: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot di Serkat, di sini, hari ini.
Van yang membawa jenazah Ahli Parlimen Pulai itu tiba pada 8.50 pagi dari kediaman ibunya di Jalan Adil, di sini dan jenazah disembahyangkan pada 9.45 pagi.
Suasana pilu menyelubungi suasana ketika Jemaah membacakan surah Yasin, tahlil dan doa arwah.
Solat jenazah diimamkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat sebelum solat Zuhur.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Timbalan Presiden Amanah itu meninggalkan isteri, Datin Seri Fatimah Taha dan empat anak lelaki dan dua anak perempuan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Salahuddin Ayub meninggal dunia
#pendarahan otak
#Hospital Sultanah Bahiyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan