awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Sharifah Azizah selamat dikebumi

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
02/08/2024
11:42 MYT
Jenazah Sharifah Azizah selamat dikebumi
Jenazah Sharifah Azizah dikebumikan selepas solat jenazah di Masjid Jamek Kampung Tengah pada jam 5.25 petang. - Gambar Astro AWANI
KLUANG: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahatul Sakinah, Kampung Tengah Kluang petang tadi.
Jenazah dikebumikan selepas solat jenazah di Masjid Jamek Kampung Tengah, di sini pada jam 5.25 petang.
Suasana hiba dan sayu menyelubungi tanah perkuburan itu yang turut dihadiri lebih 200 ahli keluarga, rakan seperjuangan, sahabat dan masyarakat setempat memberikan penghormatan terakhir.
Terdahulu jenazah Ketua Wanita UMNO bahagian Kluang itu dibawa ke rumahnya di Jalan Ahmad Khan.
Turut Hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan barisan pemimpin kerajaan negeri Johor.
Sementara itu, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, menyifatkan kehilangan Sharifah Azizah sebagai sahabat yang tiada ganti.
Katanya Allahyarham adalah seorang pemimpin yang banyak jasa terutama kepada masyarakat setempat.
"Walaupun dia sakit tetapi tetap juga bekerja dan menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, dia turun padang. Dia banyak dahulukan masyarakat daripada diri dia sendiri," katanya.
Sharifah Azizah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini tengah hari tadi.
Anak kelahiran Kluang itu yang lahir pada 8 Disember 1960 merupakan Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 hingga kini dan pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Johor (2015-2018).
Beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.
Sebelum ini, Sharifah Azizah adalah ADUN Penawar, mulai 2018 sehingga 2022 lalu.
Topic Berkaitan
#ADUN
#pilihan raya negeri
#Wanita UMNO
#masyarakat setempat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan