awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah tiga kanak-kanak lemas dikebumi dalam satu liang lahad

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2021
14:07 MYT
Jenazah tiga kanak-kanak lemas dikebumi dalam satu liang lahad
Tiga bersaudara itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu kira-kira jam 7 petang tadi. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Jenazah tiga kanak-kanak yang ditemui lemas di muara Sungai Kampung Mangkuk, Setiu pada Sabtu disemadikan dalam satu liang lahad.
Tiga bersaudara itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu kira-kira jam 7 petang tadi.
Terdahulu jenazah kesemua mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat.
Kemudiannya, ketiga-tiga jenazah itu dibawa pulang ke kediaman nenek mereka di Kampung Losong untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.
Pada Jumaat kegembiraan enam kanak-kanak mencari kepah bertukar tragedi selepas tiga daripada mereka dilaporkan hilang dalam kejadian kira-kira 5.30 petang.
BACA: 3 kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus ketika cari kepah
BACA: Insiden tiga kanak-kanak lemas: Keluarga reda dengan pemergian mereka
Bagaimanapun, pada pagi Sabtu ketiga-tiga mangsa ditemui lemas oleh pasukan pencarian antara jam 12.58 hingga jam 8.15 pagi Sabtu.
Terdahulu pasukan penyelamat menemui mayat Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9 tahun disusuli adiknya Muhammad Aryan Faheem dijumpai.
Sementara itu seorang lagi mangsa Nurulhasha Humaira Che Mohd. Humaizi, 11 tahun pula ditemui pada jam 8.15 pagi.
Topic Berkaitan
#lemas
#Kanak-kanak
#terengganu
#Sungai Kampung Mangkuk
#Setiu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan