awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah warga Malaysia lemas di Bali tiba di KLIA

Bernama
Bernama
30/12/2022
16:57 MYT
Jenazah warga Malaysia lemas di Bali tiba di KLIA
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Jumaat, mangsa dihanyutkan arus kuat pada pukul 2.50 petang Selasa (27 Disember) dan ditemui pada keesokannya.
PUTRAJAYA: Jenazah seorang pelancong Malaysia yang lemas di Bali, Indonesia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.15 malam ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Jumaat, mangsa dihanyutkan arus kuat pada pukul 2.50 petang Selasa (27 Disember) dan ditemui pada keesokannya.
Semasa kejadian di Diamond Beach di Pulau Nusa Penida mangsa dikatakan cuba menyelamatkan dua orang pelancong asing yang bergelut dalam air akibat ombak besar dan arus kuat.
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi memudahcara pengurusan jenazah, termasuk penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan jenazah dibawa pulang dengan segera.
Menurut kenyataan itu lagi, kementerian itu juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap agar pihak keluarga tabah dalam mengharungi masa-masa sukar ini.
Sementara itu, menurut laporan media tempatan di Bali, saksi yang melihat kejadian terus melaporkannya kepada pihak berkuasa yang memulakan usaha mencari dan menyelamat dengan segera.
Bagaimanapun, usaha menyelamat pada Selasa terpaksa dihentikan selepas seketika kerana ombak berbahaya selain cuaca buruk dan hari semakin gelap. Operasi mencari disambung semula keesokannya dan mayat mangsa ditemui pada pukul 10.10 pagi , enam batu nautika daripada tempat beliau hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah warga Malaysia
#lemas di Bali
#KLIA
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan