awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah wartawan hiburan Siti Nor Hafiza tiba esok

Bernama
Bernama
05/01/2024
06:00 MYT
Jenazah wartawan hiburan Siti Nor Hafiza tiba esok
Siti Nor Hafiza menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Charing Cross pada 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada 28 Dis 2023. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Charing Cross, London dijangka tiba di tanah air esok.
Perkara itu dimaklumkan oleh suami wartawan hiburan berkenaan, Mohd Roshdi Ramli menerusi WhatsApp kepada keluarga dan turut memberitahu jenazah akan berlepas dari London dengan menaiki pesawat MH0003 hari ini sebelum dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 7.15 pagi esok.
"Jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru sejurus selesai urusan di KLIA untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Raudathul Sakinah, Taman Selasih, Jalan Kuala Lumpur-Karak," katanya.
Siti Nor Hafiza menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Charing Cross pada 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada 28 Dis lepas.
Beliau menerima rawatan di hospital itu selepas dilapor tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 27 Dis lepas untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.
Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London serta berlepas ke sana bersama Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan Disember lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siti Nor Hafiza
#Fiza Kamarudin
#wartawan hiburan
#London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan