Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 38 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi

Pemandangan di sekitar Banda Hilir kelihatan kabur dengan jarak penglihatan terjejas akibat jerebu yang melanda negara. - Foto BERNAMA
Pemandangan di sekitar Banda Hilir kelihatan kabur dengan jarak penglihatan terjejas akibat jerebu yang melanda negara. - Foto BERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • Seramai 38 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pagi ini, dengan Seremban tertinggi pada 187.
  • Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Pahang, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu antara negeri paling terjejas.
  • Stesen di Sabah, Sarawak, Labuan, Kelantan dan sebahagian Terengganu masih merekodkan bacaan IPU sederhana, sementara orang ramai dinasihatkan kurangkan aktiviti luar.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pagi ini, dengan Seremban, Negeri Sembilan mencatat bacaan tertinggi iaitu 187.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Negeri Sembilan muncul antara negeri yang paling terjejas apabila Seremban merekodkan bacaan 187, diikuti Nilai (184) dan Port Dickson (173).

Di Johor, beberapa kawasan turut mencatat bacaan tidak sihat termasuk Segamat (183), Tangkak (180), Pasir Gudang (176), Kluang (175), Batu Pahat (169), Larkin (169), Pengerang (167) dan Kota Tinggi (162).

Melaka menyaksikan Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai masing-masing merekodkan bacaan 182, manakala Alor Gajah mencatat 177.

Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan 182, diikuti Shah Alam (177), Petaling Jaya (169), Klang (168), Banting (168) dan Kuala Selangor (123).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut terkesan dengan Batu Muda mencatat bacaan 172 dan Cheras (170), manakala Putrajaya merekodkan bacaan 171.

Di Perak, Tasek Ipoh mencatat bacaan 174, diikuti Tanjung Malim (171), Pegoh Ipoh (169), Seri Manjung (158) dan Taiping (130).

Sementara itu, beberapa kawasan di Pahang turut mencatat bacaan tidak sihat termasuk Rompin (170), Indera Mahkota Kuantan (162), Temerloh (154) dan Balok Baru Kuantan (152).

Di utara Semenanjung, Sungai Petani merekodkan bacaan 157 dan Alor Setar (151) di Kedah, manakala Minden (153), Seberang Jaya (151) serta Seberang Perai (122) di Pulau Pinang turut berada pada tahap tidak sihat.

Kemaman, Terengganu pula mencatat bacaan 154.

Bagaimanapun, semua stesen pemantauan di Sabah, Sarawak, Labuan, Kelantan dan sebahagian Terengganu masih merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Orang ramai terutama kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah penjagaan kesihatan sewajarnya ketika keadaan jerebu berterusan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement