Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Oktober 2026.

  1. Jerebu: Sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan ditangguh

    Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan tarikh baharu selepas kualiti udara pulih ke tahap selamat untuk aktiviti luar.

  2. SSM lanjut tempoh pengurangan kadar kompaun sehingga 31 Disember

    SSM berkata pelanjutan tempoh ini memberi peluang kepada syarikat yang layak untuk menyelesaikan kompaun tertunggak.

  3. Irene Sofiya: Polis rampas batang besi, dendam cinta ditolak dipercayai motif

    Batang besi itu dibaluti tali leher berwarna biru pada bahagian hujung, dipercayai dijadikan sebagai pemegang untuk memukul mangsa.

  4. Anwar bentang Belanjawan 2027, pacu agenda MADANI 

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat pada 3.35 petang hari ini, bagi menggariskan perancangan perbelanjaan dan hala tuju kerajaan untuk tahun hadapan.

  5. Belanjawan 2027: Isu doktor kontrak dinoktahkan, lebih 9,000 diserap ke jawatan tetap

    Kemelut pegawai perubatan kontrak yang berlarutan sejak sekian lama akhirnya menemui titik noktah apabila kerajaan mengumumkan pelantikan tetap bagi semua doktor yang menamatkan latihan siswazah.

  6. Belanjawan 2027: Gaji minimum naik kepada RM2,000 mulai Jun 2027

    Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027, yang dijangka memanfaatkan lebih empat juta pekerja di seluruh negara.

  7. Belanjawan 2027: STR, SARA dinaikkan ke RM16 bilion, golongan M40 turut terima bantuan tunai

    Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM16 bilion bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam Belanjawan 2027 berbanding RM15 bilion tahun ini.

  8. Belanjawan 2027: Pengumuman 'saat akhir', PM umum Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam, pesara

    Seperti menjadi kelaziman yang dinanti-nantikan warga perkhidmatan awam, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minit-minit terakhir pembentangan Belanjawan 2027 mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam.

  9. KPK teliti kerjasama dengan Indonesia cegah kebakaran di Kalimantan

    Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan meneliti cadangan memperkukuh kerjasama dengan Indonesia termasuk melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) dalam usaha mencegah dan mengawal kebakaran hutan dan tanah.

  10. Rakyat Malaysia di Arab Saudi diminta kekal tenang, patuhi arahan pihak berkuasa

    Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Riyadh menasihatkan rakyat Malaysia di Arab Saudi supaya kekal tenang serta mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan melalui saluran rasmi susulan perkembangan semasa di negara Teluk itu.
     

Must Watch Video

Advertisement