Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 43 kawasan catat IPU sederhana, tiada lokasi tidak sihat

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), keadaan kualiti udara negara secara keseluruhan kekal stabil dengan 43 kawasan berada pada tahap sederhana manakala 25 kawasan lagi dalam kategori baik. -Foto fail/Bernama
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), keadaan kualiti udara negara secara keseluruhan kekal stabil dengan 43 kawasan berada pada tahap sederhana manakala 25 kawasan lagi dalam kategori baik. -Foto fail/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Johor menunjukkan peningkatan kecil setakat 11 pagi ini, dengan beberapa stesen pemantauan mencatatkan kenaikan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbanding sejam sebelumnya.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), keadaan kualiti udara negara secara keseluruhan kekal stabil dengan 43 kawasan berada pada tahap sederhana manakala 25 kawasan lagi dalam kategori baik.

Tiada stesen pemantauan yang merekodkan bacaan dalam kategori tidak sihat setakat ini.

Stesen Batu Muda di Kuala Lumpur terus mencatat bacaan IPU tertinggi dalam negara apabila meningkat daripada 84 pada 10 pagi kepada 86 setakat 11 pagi.

Beberapa lokasi di Johor turut menunjukkan peningkatan, dengan Pasir Gudang mencatat bacaan 84 manakala Larkin merekodkan 72.

Kawasan lain yang mencatat kenaikan kecil ialah Klang, Selangor (67) dan Tangkak, Johor (67).

Di wilayah Borneo, keadaan kualiti udara kekal baik. Di Sarawak, Kuching merekodkan bacaan IPU 46 manakala Kapit mencatat 48 dan berada dalam kategori baik.

Sementara itu, Kota Kinabalu di Sabah serta IPD Serian di Sarawak masing-masing merekodkan bacaan 50, iaitu pada paras sempadan kategori baik.

Langkawi, Kedah terus mencatat bacaan IPU terendah dalam negara pada paras 19, menjadikannya antara kawasan dengan kualiti udara terbaik setakat 11 pagi ini.

Must Watch Video

Advertisement