Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Bacaan 31 kawasan masih tidak sihat setakat 2 petang, Tangkak catat IPU tertinggi

Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan bacaan 176 manakala Nilai mencatatkan bacaan 173, kedua-duanya menunjukkan penurunan berbanding bacaan pada sebelah pagi. -Gambar fail/Bernama
Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan bacaan 176 manakala Nilai mencatatkan bacaan 173, kedua-duanya menunjukkan penurunan berbanding bacaan pada sebelah pagi. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sebanyak 31 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat setakat 2 petang ini.
  • Tangkak, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 185, diikuti Larkin (183), Batu Pahat dan Pasir Gudang masing-masing 182.
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan sepanjang tempoh jerebu.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 kawasan di seluruh negara masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat setakat 2 petang ini, meskipun beberapa lokasi di Pantai Barat Semenanjung menunjukkan penurunan bacaan.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tangkak di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 185, turun satu mata berbanding bacaan 186 pada 1 petang.

Tangkak diikuti Larkin (183), manakala Batu Pahat dan Pasir Gudang masing-masing mencatatkan bacaan 182.

Batu Pahat yang merekodkan bacaan tertinggi negara pada 10 pagi iaitu 190 kini menunjukkan penurunan lapan mata.

Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan bacaan 176 manakala Nilai mencatatkan bacaan 173, kedua-duanya menunjukkan penurunan berbanding bacaan pada sebelah pagi.

Di Selangor, Banting mencatatkan penurunan ketara kepada 106 berbanding 145 sejam sebelumnya, manakala Kuala Selangor merekodkan bacaan 102.

Perak turut menunjukkan penurunan apabila Seri Manjung mencatatkan bacaan 131, turun 16 mata berbanding bacaan sebelumnya.

Di Sarawak, Samarahan kembali ke tahap Sederhana selepas mencatatkan bacaan 98, manakala Kuching kekal pada tahap Tidak Sihat dengan bacaan 154.

Bagaimanapun, di Pahang, Balok Baru di Kuantan kembali mencatatkan bacaan Tidak Sihat apabila meningkat kepada 115 berbanding 99 pada 1 petang.

Indera Mahkota di Kuantan turut meningkat kepada 152 berbanding 150 sejam sebelumnya.

Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara, 31 stesen merekodkan bacaan Tidak Sihat antara 101 hingga 200, manakala 37 stesen lagi berada pada tahap Sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.

Tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap Baik, manakala bacaan IPU terendah terus direkodkan di Tawau, Sabah.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh jerebu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat setakat 2 petang? 
    A: Sebanyak 31 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap Tidak Sihat setakat 2 petang.
  • Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi dan berapakah bacaan tersebut? 
    A: Tangkak di Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 185 setakat 2 petang.
  • Q: Apakah nasihat yang diberikan kepada orang ramai semasa tempoh jerebu? 
    A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh jerebu.
  • Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang merekodkan bacaan Tidak Sihat dan Sederhana? 
    A: Daripada 68 stesen pemantauan, 31 stesen merekodkan bacaan Tidak Sihat dan 37 stesen lagi berada pada tahap Sederhana.
  • Q: Apakah klasifikasi bacaan IPU menurut APIMS? 
    A: Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai Tidak Sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap Sederhana.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement