Skip to main content

Malaysia

QL Eggs edar 100,000 telur sempena Hari Telur Sedunia, tingkat kesedaran pemakanan sihat

Doktor Veterinar QL Eggs, Dr Danish Cheong Abdullah berkongsi mengenai peranan QL Eggs dalam menjamin kualiti setiap biji telur, dalam AWANI Pagi. -Foto Astro AWANI
Doktor Veterinar QL Eggs, Dr Danish Cheong Abdullah berkongsi mengenai peranan QL Eggs dalam menjamin kualiti setiap biji telur, dalam AWANI Pagi. -Foto Astro AWANI

Advertisement

Ringkasan AI

  • QL Eggs mengagihkan 100,000 biji telur sempena Hari Telur Sedunia bagi meningkatkan akses makanan berkhasiat dan kesedaran kepentingan telur dalam diet harian.
  • Penekanan diberikan kepada penghasilan telur berkualiti melalui formulasi makanan ayam yang mengandungi lebih 40 bahan termasuk minyak salmon, biji flaks, prebiotik dan multivitamin.
  • Inisiatif ini turut mempromosikan manfaat Omega-3 dan DHA serta menggalakkan pemilihan makanan berkhasiat untuk kesejahteraan jangka panjang masyarakat.

KUALA LUMPUR: QL Eggs menerajui sambutan Hari Telur Sedunia tahun ini menerusi pengagihan 100,000 biji telur di seluruh negara sebagai usaha meningkatkan akses masyarakat kepada makanan berkhasiat serta memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan telur dalam diet harian.

Doktor Veterinar QL Eggs, Dr Danish Cheong Abdullah berkata sambutan itu bukan sekadar meraikan telur sebagai makanan harian, malah menjadi platform pendidikan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap nilai nutrisi dan proses penghasilan telur berkualiti.

“Hari Telur Sedunia memberi peluang kepada kita untuk meraikan peranan telur dalam pemakanan harian sebagai sumber makanan yang berkhasiat, mudah didapati dan antara sumber protein yang mudah diperoleh,” katanya ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi.

Menurut beliau, QL Eggs memberi penekanan terhadap penghasilan telur berkualiti melalui formulasi makanan ayam yang dibangunkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta ditambah baik secara berterusan.

Formulasi makanan itu mengandungi lebih 40 bahan termasuk minyak salmon, biji flaks, prebiotik, probiotik, multivitamin, mineral organik serta minyak pati yang membantu memenuhi keperluan nutrisi ayam penelur.

Dr Danish berkata aspek penjagaan kesihatan ayam turut dipantau secara menyeluruh dengan penglibatan doktor veterinar dan pakar pemakanan sepanjang kitaran hidup ternakan.

“Pemakanan ayam memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan ayam dan penghasilan telur berkualiti.

“Sebab itu aspek nutrisi, pemantauan kesihatan, persekitaran dan kebajikan ayam diberi perhatian sepanjang proses pengeluaran,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa bagi tuntutan nutrisi khusus seperti kandungan Omega-3 dan DHA, QL Eggs menggunakan minyak ikan salmon berkualiti tinggi dalam diet ayam penelur.

Melalui inisiatif Hari Telur Sedunia dan konsep 2X Goodness yang menekankan manfaat Omega-3 untuk kesihatan jantung serta DHA untuk perkembangan minda, syarikat itu berharap dapat terus menyumbang kepada pemakanan masyarakat.

Pada masa sama, usaha itu turut bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kepentingan memilih makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kesejahteraan jangka panjang.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah inisiatif utama QL Eggs sempena Hari Telur Sedunia tahun ini? 
    A: QL Eggs mengagihkan 100,000 biji telur di seluruh negara untuk meningkatkan akses masyarakat kepada makanan berkhasiat dan memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan telur dalam diet harian.
  • Q: Apakah tujuan sambutan Hari Telur Sedunia oleh QL Eggs? 
    A: Sambutan ini bertujuan meraikan peranan telur sebagai makanan harian, serta menjadi platform pendidikan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap nilai nutrisi dan proses penghasilan telur berkualiti.
  • Q: Bagaimana QL Eggs memastikan penghasilan telur berkualiti? 
    A: QL Eggs menekankan formulasi makanan ayam yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan, mengandungi lebih 40 bahan termasuk minyak salmon, biji flaks, prebiotik, probiotik, multivitamin, mineral organik dan minyak pati, serta pemantauan kesihatan ayam secara menyeluruh.
  • Q: Apakah manfaat utama yang ditekankan melalui konsep 2X Goodness oleh QL Eggs? 
    A: Konsep 2X Goodness menekankan manfaat Omega-3 untuk kesihatan jantung dan DHA untuk perkembangan minda, dengan penggunaan minyak ikan salmon berkualiti tinggi dalam diet ayam penelur.
  • Q: Apakah matlamat jangka panjang QL Eggs melalui inisiatif ini? 
    A: Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kepentingan memilih makanan berkhasiat dan seimbang demi kesejahteraan jangka panjang masyarakat.

Must Watch Video

Advertisement