Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Banting, Alor Gajah kembali tidak sihat, Putrajaya catat IPU 160 setakat 3 petang

KUALA LUMPUR, 14 Sept - Ruang udara Kuala Lumpur pagi tadi kelihatan terjejas akibat diselubungi jerebu. Setakat jam 11 pagi ini, sebanyak 11 kawasan di seluruh negara telah mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan terjejas di Sarawak ialah Sri Aman dan Serian yang masing-masing merekodkan bacaan 174, serta Kuching (135). Sementara itu, lapan lagi kawasan di Semenanjung Malaysia turut mencatat
Perbandingan bacaan sejam lalu menunjukkan Putrajaya mencatatkan peningkatan kepada 160 berbanding 158 pada jam 2 petang, menjadikannya lokasi dengan bacaan tertinggi di Semenanjung. -Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Pantai Barat Semenanjung terus menunjukkan peningkatan apabila Banting di Selangor dan Alor Gajah di Melaka kembali mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang hari ini, manakala Putrajaya merekodkan bacaan tertinggi di Semenanjung.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Banting mencatatkan bacaan IPU 121, manakala Alor Gajah meningkat kepada 123 selepas berada dalam kategori sederhana pada jam sebelumnya.

Perbandingan bacaan sejam lalu menunjukkan Putrajaya mencatatkan peningkatan kepada 160 berbanding 158 pada jam 2 petang, menjadikannya lokasi dengan bacaan tertinggi di Semenanjung.

Nilai di Negeri Sembilan turut meningkat kepada 159, manakala Shah Alam merekodkan bacaan 157.

Di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatatkan bacaan 145, diikuti Petaling Jaya pada paras 142.

Di Sarawak, Serian kekal sebagai lokasi paling terjejas di negara ini walaupun bacaan menurun kepada 174 berbanding 176 sebelumnya.

Samarahan kekal pada paras 169 manakala Sri Aman menurun kepada 157.

ILP Miri pula kembali ke kategori sederhana dengan bacaan 100. Klang dan Kuala Selangor turut mencatatkan bacaan 100.

Di Johor, Segamat merekodkan bacaan 156 manakala Batu Pahat kekal pada paras 155. Larkin pula menurun sedikit kepada 152.

Di Melaka, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan bacaan 153 dan 152.

Sementara itu, Indera Mahkota di Kuantan meningkat satu mata kepada 113.

Di utara Semenanjung, Kangar dan Langkawi terus mencatatkan kualiti udara terbaik negara dengan bacaan masing-masing 26 dan 27.

Orang ramai di kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar, memperbanyakkan pengambilan air dan memakai pelitup muka yang sesuai bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.

Must Watch Video

Advertisement