Ringkasan AI
- Sembilan kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara tidak sihat pada jam 1 petang, meningkat berbanding lapan kawasan sebelum ini.
- Segamat dan Batu Pahat di Johor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 156, diikuti Kluang (153) dan Tangkak (152).
- Orang ramai, terutama golongan berisiko, dinasihatkan kurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka di kawasan terjejas.
KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di seluruh negara terus merosot apabila sembilan kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat pada jam 1 petang ini, berbanding lapan kawasan pada tengah hari tadi.
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Batu Muda di Kuala Lumpur memasuki kategori tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 102.
Menurut data terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS), Segamat dan Batu Pahat di Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi negara iaitu 156, diikuti Kluang (153) dan Tangkak (152).
Trend peningkatan turut dikesan di Negeri Sembilan apabila Nilai mencatat bacaan IPU 149, manakala Seremban meningkat kepada 137.
Sementara itu, Samarahan, Sarawak (148), dan Larkin, Johor (119), merekodkan sedikit penurunan berbanding sebelah pagi, namun kekal dalam kategori tidak sihat.
Sebanyak 56 kawasan pula mencatatkan kualiti udara sederhana.
Antara kawasan yang menghampiri kategori tidak sihat ialah Sri Aman, Sarawak (98), Pasir Gudang, Johor (95), IPD Serian, Sarawak (95), dan Bukit Rambai, Melaka (94).
Dalam kategori baik, hanya tiga stesen merekodkan bacaan IPU di bawah 50, didahului Langkawi, Kedah dengan bacaan 32, diikuti Kangar, Perlis (34) dan Sandakan, Sabah (42).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.
Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap asma atau penyakit pernafasan kronik, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemar udara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kawasan yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat pada jam 1 petang?
A: Sembilan kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat, termasuk Batu Muda di Kuala Lumpur, Segamat, Batu Pahat, Kluang, Tangkak, Nilai, Seremban, Samarahan, dan Larkin. - Q: Berapakah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi yang direkodkan?
A: Bacaan IPU tertinggi ialah 156 di Segamat dan Batu Pahat, Johor. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julatnya?
A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya. - Q: Apakah nasihat kepada orang ramai berikutan situasi jerebu ini?
A: Orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas dan individu berpenyakit pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas. - Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan kualiti udara sederhana dan baik?
A: Sebanyak 56 kawasan mencatatkan kualiti udara sederhana, manakala tiga stesen mencatatkan bacaan IPU di bawah 50 (kategori baik).