Ringkasan AI
- Lapan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang, dengan Segamat, Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 156.
- Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan masing-masing mencatat bacaan IPU 151, menunjukkan peningkatan ketara berbanding sebelumnya.
- Orang ramai, terutama golongan berisiko, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka di kawasan terjejas.
KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di beberapa negeri terus menunjukkan trend membimbangkan apabila lapan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang ini.
Meskipun jumlah kawasan dalam kategori tidak sihat tidak berubah berbanding jam 2 petang tadi, peningkatan ketara direkodkan di Negeri Sembilan apabila Nilai dan Seremban masing-masing mencatat bacaan IPU 151.
Menurut data terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS), Segamat, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi negara iaitu 156, diikuti Batu Pahat (155) dan Kluang (153).
Turut berada dalam kategori tidak sihat ialah Tangkak (151), Samarahan, Sarawak (128) dan Larkin, Johor (109).
Sementara itu, sebanyak 57 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana.
Antara lokasi yang menghampiri kategori tidak sihat ialah Batu Muda, Kuala Lumpur (97), Cheras, Kuala Lumpur (97), Rompin, Pahang (97), Sri Aman, Sarawak (97) dan Johan Setia, Selangor (96).
Dalam kategori baik, hanya tiga stesen merekodkan bacaan IPU di bawah 50, iaitu Langkawi, Kedah dengan bacaan 32, diikuti Kangar, Perlis (36) dan Sandakan, Sabah (44).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.
Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap asma atau penyakit pernafasan kronik, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemar udara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang?
A: Lapan kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Nilai, Seremban, Segamat, Batu Pahat, Kluang, Tangkak, Samarahan dan Larkin. - Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Segamat, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 156. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya?
A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya. - Q: Apakah nasihat kepada orang ramai ketika situasi jerebu tidak sihat?
A: Orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas dan individu dengan asma atau penyakit pernafasan kronik, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas. - Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatat bacaan IPU sederhana dan baik?
A: Sebanyak 57 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana, manakala tiga stesen mencatat bacaan IPU baik iaitu Langkawi, Kangar dan Sandakan.