Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Bilangan stesen Tidak Sihat turun kepada 37, IPU Alor Setar kembali ke kategori Sederhana

SERIAN, 4 Sept - Keadaan berjerebu yang dirakam di Jalan Serian-Sri Aman, hari ini. Daerah Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 518 setakat 10 pagi ini, sekali gus berada pada tahap sangat berbahaya akibat jerebu rentas sempadan. - fotoBERNAMA
Enam stesen di Selangor masih berada pada tahap Tidak Sihat iaitu Johan Setia (184), Shah Alam (171), Petaling Jaya (164), Klang (161), Kuala Selangor (160) dan Banting (160). -Gambar hiasan/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bilangan stesen pengawasan kualiti udara yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat menurun kepada 37 stesen di seluruh negara setakat pukul 3 petang ini, berbanding 38 stesen pada pukul 2 petang tadi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), perkembangan itu didorong oleh keadaan yang bertambah baik di Kedah apabila stesen Alor Setar kembali ke kategori Sederhana dengan bacaan 100.

Bacaan sama turut direkodkan di Batu Pahat, Johor, yang berada pada paras tertinggi kategori Sederhana.

Bagaimanapun, Johan Setia di Selangor kekal merekodkan bacaan tertinggi negara dengan IPU 184.

Enam stesen di Selangor masih berada pada tahap Tidak Sihat iaitu Johan Setia (184), Shah Alam (171), Petaling Jaya (164), Klang (161), Kuala Selangor (160) dan Banting (160).

Di Wilayah Persekutuan, Cheras mencatatkan bacaan 175, diikuti Putrajaya (171) dan Batu Muda (170).

Negeri Sembilan pula merekodkan tiga stesen Tidak Sihat iaitu Nilai (172), Seremban (167) dan Port Dickson (152).

Di Pulau Pinang, empat stesen kekal berada pada tahap Tidak Sihat melibatkan Minden (166), Balik Pulau (165), Seberang Jaya (160) dan Seberang Perai (159).

Perak mencatatkan lima stesen Tidak Sihat iaitu Seri Manjung (166), Tasek Ipoh (164), Tanjung Malim (161), Taiping (158) dan Pegoh, Ipoh (152).

Di Melaka, bacaan Tidak Sihat direkodkan di Bukit Rambai (155), Alor Gajah (153) dan Bandaraya Melaka (146).

Pahang merekodkan empat stesen pada tahap Tidak Sihat diterajui Temerloh (156) dan Jerantut (154), manakala Indera Mahkota, Kuantan mencatatkan bacaan 152 serta Balok Baru, Kuantan 151.

Di Terengganu, empat stesen masih berada pada tahap Tidak Sihat iaitu Kuala Terengganu (161), Kemaman (149), Paka (144) dan Besut yang meningkat kepada 138.

Johor pula hanya mempunyai dua kawasan yang masih berada pada tahap Tidak Sihat, masing-masing Tangkak (150) dan Kluang (124).

Kawasan lain yang merekodkan bacaan Tidak Sihat ialah Sungai Petani (158) dan Kulim Hi-Tech (156) di Kedah, serta Tanah Merah, Kelantan (155).

Secara keseluruhan, 25 stesen berada pada tahap Sederhana manakala enam stesen mencatatkan tahap Baik, kesemuanya di Sabah dan Sarawak.

Kota Kinabalu terus merekodkan kualiti udara terbaik negara dengan bacaan 38, diikuti Sandakan (49) dan Limbang (49).

Mengikut APIMS, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 Sederhana, 101 hingga 200 Tidak Sihat, 201 hingga 300 Sangat Tidak Sihat dan melebihi 300 berbahaya.

Must Watch Video

Advertisement