awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Dua penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Tawau

Bernama
Bernama
18/10/2015
09:34 MYT
Jerebu: Dua penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Tawau
Setakat 2 petang, Indeks Pencemaran Udara di Tawau mencatat bacaan 123, iaitu kualiti udara tidak sihat.
Dua penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Tawau dibatalkan akibat jarak ketampakan yang terhad berikutan jerebu pagi ini.
Pengurus lapangan terbang itu, Yaakob Abu Bakar berkata sektor terlibat ialah Kota Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu membabitkan penerbangan MASWings dan Malaysia Airlines.
Yaakob berkata tiga penerbangan pelepasan dan ketibaan turut mengalami kelewatan iaitu Kota Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur-Tawau-Kuala Lumpur membabitkan penerbangan MASWings serta AirAsia.
"Lapangan terbang ini ditutup pada jam 8 pagi berikutan keadaan jerebu yang mengehadkan jarak ketampakan dan dibuka semula pada 10 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya keadaan di Lapangan Terbang Tawau masih terkawal, namun pihak lapangan terbang dengan kerjasama Jabatan Penerbangan Awam dan Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.
Setakat 2 petang, Indeks Pencemaran Udara di Tawau mencatat bacaan 123, iaitu kualiti udara tidak sihat.
Sementara itu, Pengurus Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sunif Naiman berkata penerbangan MASWings MH2121 ke Tawau dari Kota Kinabalu pagi ini berpatah balik akibat jerebu, namun, dilencongkan pula ke Brunei berikutan hujan di Kota Kinabalu.
Setakat ini, waktu ketibaan pesawat itu dari Brunei ke Kota Kinabalu masih belum diketahui, katanya.
Topic Berkaitan
#dibatalkan
#jerebu
#lapangan terbang
#Malaysia Arilines
#MASWings
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan