KUALA LUMPUR: Hanya satu kawasan catat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 8 pagi Khamis.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.

Pada masa sama, sejumlah 50 kawasan mencatatkan bacaan sederhana.

Laman web itu turut mengemas kini 17 kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU yang baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.