Ringkasan AI
- Situasi jerebu di Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan di beberapa kawasan utama, namun 15 kawasan masih merekodkan bacaan IPU tidak sihat setakat tengah hari.
- Nilai di Negeri Sembilan kekal mencatat bacaan IPU tertinggi pada paras 163, diikuti Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan 157.
- Port Dickson dan Cheras mencatat penurunan bacaan IPU, manakala 53 stesen lain berada pada tahap sederhana dan baik di seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di seluruh negara menunjukkan sedikit peningkatan di beberapa kawasan utama, khususnya di Port Dickson dan Cheras, walaupun 15 kawasan masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari ini.
Nilai di Negeri Sembilan kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 163, tidak berubah berbanding sejam sebelumnya.
Menurut data kualiti udara terbaharu, Bukit Rambai di Melaka turut mengekalkan bacaan tidak sihat pada paras 157.
Di Selangor, kebanyakan kawasan utama tidak menunjukkan perubahan ketara apabila Petaling Jaya, Klang dan Johan Setia masing-masing merekodkan bacaan 154, manakala Shah Alam kekal pada paras 152.
Port Dickson mencatatkan penurunan paling ketara apabila bacaan IPU turun 10 mata kepada 139 berbanding 149 pada jam 11 pagi tadi. Seremban pula mencatatkan penurunan kecil daripada 155 kepada 154.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cheras turut merekodkan peningkatan kualiti udara apabila bacaan IPU menurun daripada 123 kepada 114. Batu Muda dan Putrajaya masing-masing kekal stabil pada bacaan 153 dan 140.
Di Johor, Tangkak mencatatkan penurunan satu mata kepada 152 berbanding 153 sebelum ini, manakala Pasir Gudang turun kepada 108 daripada 111 pada jam terdahulu.
Sebaliknya, Bandaraya Melaka mencatatkan peningkatan kecil apabila bacaan IPU naik kepada 137 berbanding 134 sebelum ini, manakala Banting kekal pada paras 131.
Secara keseluruhan, 53 stesen pemantauan IPU lain di seluruh negara berada pada tahap sederhana dan baik. Alor Gajah di Melaka merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori sederhana iaitu 98, manakala Limbang di Sarawak mencatatkan bacaan terbaik dengan IPU 40.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah kawasan yang masih merekodkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 12 tengah hari?
A: Sebanyak 15 kawasan masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari. - Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi di negara ini?
A: Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 163. - Q: Apakah perubahan bacaan IPU di Port Dickson dan Cheras?
A: Port Dickson mencatatkan penurunan bacaan IPU daripada 149 kepada 139, manakala Cheras menurun daripada 123 kepada 114. - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan IPU yang berada pada tahap sederhana dan baik?
A: Sebanyak 53 stesen pemantauan IPU lain di seluruh negara berada pada tahap sederhana dan baik. - Q: Di manakah bacaan IPU terbaik dan tertinggi dalam kategori sederhana direkodkan?
A: Alor Gajah di Melaka merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori sederhana iaitu 98, manakala Limbang di Sarawak mencatatkan bacaan terbaik dengan IPU 40.