Ringkasan AI
- Spotify melaksanakan kaedah pengesahan baharu untuk pelan Premium Family, memerlukan ahli mengesahkan alamat sama dengan pengurus pelan melalui imbasan kod QR.
- Langkah ini bertujuan mengurangkan penyalahgunaan pelan keluarga yang dikongsi dengan individu luar isi rumah atau dijual secara tidak sah.
- Ahli yang gagal mengesahkan dalam tujuh hari akan diturunkan ke pelan percuma dan tidak boleh menyertai pelan Family atau Duo selama 12 bulan.
PENGENDALI platform penstriman audio global, Spotify, mula menguatkuasakan kaedah pengesahan baharu bagi pengguna pelan Premium Family yang memerlukan ahli mengesahkan mereka tinggal di alamat yang sama dengan pengurus pelan, lapor Amanz.
Langkah itu diperkenalkan bagi mengurangkan penyalahgunaan pelan keluarga yang dikongsi dengan individu di luar isi rumah atau dijual secara tidak sah dalam talian untuk mengurangkan kos langganan bulanan.
Menerusi sistem baharu itu, pemegang akaun utama perlu menjana kod QR menerusi aplikasi mudah alih Spotify sebelum ia diimbas secara terus oleh peranti ahli pelan yang lain.
Kod QR berkenaan dilaporkan berubah setiap beberapa saat bagi menyukarkan cubaan memintas proses pengesahan menggunakan tangkapan skrin atau imej yang dihantar dari lokasi berasingan.
Apabila notifikasi pengesahan dipaparkan, ahli pelan mempunyai tempoh tujuh hari untuk melengkapkan proses imbasan bersama pengurus pelan. Spotify menetapkan bahawa kedua-dua pihak perlu berada di lokasi yang sama ketika proses tersebut dilakukan.
Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh berkenaan, akses Premium ahli yang terlibat akan diturunkan kepada pelan percuma dengan iklan (Spotify Free). Mereka juga tidak dibenarkan menyertai mana-mana pelan Family atau Duo yang lain selama 12 bulan.
Pengguna yang dikeluarkan daripada pelan berkenaan masih boleh melanggan pelan Premium Individual secara berasingan untuk terus menikmati perkhidmatan tanpa iklan.
Langkah itu menyusuli tindakan beberapa platform penstriman lain seperti Netflix dan Disney+ yang sebelum ini memperketat perkongsian akaun di luar isi rumah.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kaedah pengesahan baharu yang diperkenalkan Spotify untuk pelan Premium Family?
A: Spotify memperkenalkan sistem pengesahan menggunakan kod QR yang perlu dijana oleh pemegang akaun utama dan diimbas oleh ahli pelan lain melalui aplikasi mudah alih Spotify. - Q: Mengapa Spotify melaksanakan langkah pengesahan baharu ini?
A: Langkah ini diambil untuk mengurangkan penyalahgunaan pelan keluarga yang dikongsi dengan individu di luar isi rumah atau dijual secara tidak sah dalam talian. - Q: Apa yang berlaku jika ahli pelan gagal melengkapkan proses pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan?
A: Jika gagal, akses Premium ahli akan diturunkan kepada pelan percuma dengan iklan (Spotify Free) dan mereka tidak dibenarkan menyertai pelan Family atau Duo lain selama 12 bulan. - Q: Berapa lama tempoh yang diberikan untuk melengkapkan proses pengesahan kod QR?
A: Ahli pelan mempunyai tempoh tujuh hari untuk melengkapkan proses imbasan bersama pengurus pelan. - Q: Apakah pilihan yang ada untuk pengguna yang dikeluarkan daripada pelan Premium Family?
A: Pengguna masih boleh melanggan pelan Premium Individual secara berasingan untuk terus menikmati perkhidmatan tanpa iklan.