Ringkasan AI
- Lapan kawasan di Malaysia kekal mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 5 petang.
- Segamat dan Batu Pahat di Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 155, diikuti Kluang dan Tangkak.
- Orang ramai dinasihatkan kurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka, terutama golongan berisiko di kawasan terjejas.
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di beberapa negeri menunjukkan perubahan minimum apabila lapan kawasan terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat jam 5 petang.
Dua stesen di Kuala Lumpur iaitu Cheras dan Batu Muda yang menghampiri kategori tidak sihat kekal mencatat bacaan dalam julat sederhana, masing-masing dengan IPU 99 dan 98.
Menurut data terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS), Segamat dan Batu Pahat di Johor berkongsi bacaan IPU tertinggi negara pada paras 155, diikuti Kluang (152) dan Tangkak (151).
Di Negeri Sembilan, bacaan IPU menunjukkan sedikit penurunan berbanding jam 4 petang apabila Nilai mencatat bacaan 146, manakala Seremban menurun kepada 139.
Dua lagi stesen yang kekal dalam kategori tidak sihat ialah Samarahan, Sarawak (119) dan Larkin, Johor (111).
Secara keseluruhan, 57 stesen merekodkan bacaan IPU sederhana di seluruh negara.
Antara stesen yang masih menghampiri kategori tidak sihat ialah Pasir Gudang, Johor (98), Rompin, Pahang (98) dan Sri Aman, Sarawak (98).
Dalam kategori baik, hanya tiga stesen merekodkan bacaan IPU di bawah 50 iaitu Langkawi, Kedah (33), Kangar, Perlis (39) dan Sandakan, Sabah (47).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.
Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap asma atau penyakit pernafasan kronik, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemar udara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kawasan yang mencatat bacaan IPU tertinggi setakat jam 5 petang?
A: Segamat dan Batu Pahat di Johor mencatat bacaan IPU tertinggi pada paras 155, diikuti Kluang (152) dan Tangkak (151). - Q: Berapakah jumlah kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat?
A: Lapan kawasan terus merekodkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat setakat jam 5 petang. - Q: Apakah nasihat kepada orang ramai berhubung keadaan jerebu?
A: Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap asma atau penyakit pernafasan kronik, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas. - Q: Bagaimanakah kategori bacaan IPU ditentukan?
A: Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya. - Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU sederhana di seluruh negara?
A: Sebanyak 57 stesen merekodkan bacaan IPU sederhana di seluruh negara.