awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Pasir Gudang antara tiga kawasan catat IPU tidak sihat

Bernama
Bernama
24/09/2015
02:52 MYT
Jerebu: Pasir Gudang antara tiga kawasan catat IPU tidak sihat
Sejumlah 41 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana. - Gambar Fail
Keadaan jerebu terus melanda negara dengan tiga kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Pasir Gudang, Johor mencatatkan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 118, diikuti Larkin Lama dengan bacaan 117 dan Samarahan, Sarawak (108).
Sejumlah 41 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya di Sarawak iaitu di Sarikei (98), Kuching (98) dan Tawau (82).
Bacaan IPU sederhana turut dicatatkan di Kota Tinggi, Johor (95), Shah Alam, Selangor (85), Kemaman, Terengganu (84) dan Bandaraya Melaka (83).
Sementara itu, beberapa kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sihat iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (48), Tanah Merah, Kelantan (39), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (36), Alor Setar, Kedah (32), Langkawi (31) dan Perai, Perlis (28).
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Topic Berkaitan
#IPU
#jerebu
#larkin lama
#Pasir Gudang
#Samarahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan