Ringkasan AI
- Sarawak kini bebas daripada kategori tidak sihat selepas dua stesen terakhir kembali ke tahap sederhana, menurut data APIMS Jabatan Alam Sekitar.
- Pasir Gudang, Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara tertinggi negara dengan 181, diikuti beberapa kawasan lain di Pantai Barat dan Lembah Klang.
- Setakat 3 petang, 26 stesen berada dalam kategori tidak sihat, 41 stesen sederhana, dan hanya satu stesen dalam kategori baik di seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Sarawak kini bebas daripada kategori tidak sihat selepas dua stesen terakhir yang merekodkan bacaan tersebut kembali ke tahap sederhana, sekali gus menjadikan jumlah stesen berkualiti udara tidak sihat di seluruh negara berkurangan kepada 26 setakat 3 petang ini.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman dan IPD Serian masing-masing mencatat bacaan 99 dan 100, sekali gus kembali berada dalam kategori sederhana.
Data sama menunjukkan Pasir Gudang, Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara apabila meningkat kepada 181, berbanding 180 pada jam 2 petang.
Kualiti udara di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung dan Lembah Klang turut terus merosot apabila Bandar Diraja Klang meningkat kepada 178, manakala Johan Setia merekodkan bacaan 177.
Di selatan Semenanjung, Larkin meningkat empat mata kepada 173, manakala Bukit Rambai mencatat bacaan 175.
Sementara itu, Temerloh yang memasuki kategori tidak sihat pada jam 2 petang terus mencatat peningkatan apabila bacaan IPU naik 11 mata kepada 124.
Kawasan lain yang kekal dalam kategori tidak sihat termasuk Nilai (176), Pengerang (171), Cheras (170), Kota Tinggi (168), Putrajaya (167), Bandaraya Melaka (167), Port Dickson (166), Batu Muda (165), Shah Alam (164), Banting (163), Seremban (162) dan Alor Gajah (161).
Di utara Semenanjung, Kangar, Perlis mencatat bacaan 51, sekali gus beralih daripada kategori baik kepada sederhana.
Perkembangan itu menjadikan Langkawi, Kedah dengan bacaan 44 sebagai satu-satunya kawasan di negara ini yang masih berada dalam kategori baik.
Secara keseluruhan setakat 3 petang, sebanyak 26 stesen berada dalam kategori tidak sihat (101-200), 41 stesen dalam kategori sederhana (51-100) dan hanya satu stesen dalam kategori baik (0-50).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan kualiti udara tidak sihat di seluruh negara setakat 3 petang?
A: Sebanyak 26 stesen merekodkan kualiti udara tidak sihat setakat 3 petang. - Q: Apakah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi yang dicatatkan dan di mana lokasinya?
A: Bacaan IPU tertinggi ialah 181, dicatatkan di Pasir Gudang, Johor. - Q: Apakah status kualiti udara di Sarawak menurut laporan terkini?
A: Sarawak kini bebas daripada kategori tidak sihat selepas dua stesen terakhir kembali ke tahap sederhana. - Q: Berapakah jumlah stesen yang berada dalam kategori sederhana dan baik setakat 3 petang?
A: Sebanyak 41 stesen berada dalam kategori sederhana dan hanya satu stesen dalam kategori baik. - Q: Kawasan manakah yang masih mencatat bacaan kualiti udara kategori baik?
A: Langkawi, Kedah adalah satu-satunya kawasan yang masih berada dalam kategori baik dengan bacaan 44.