MALAYSIA
Jerebu: Reaksi bermusim warga Twitterjaya

Keadaan jerebu yang semakin teruk di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak beberapa hari ini telah mengundang pelbagai reaksi warga Twitterjaya.
Bandaraya Melaka dan Pasir Gudang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dengan bacaan 148 setakat jam 7 pagi tadi.
Warga Twitterjaya mula melahirkan kegusaran dengan mengadu keadaan yang kurang menyenangkan, tidak sihat dan aktiviti harian yang sedikit sebanyak tergendala ekoran suasana yang kurang menyenangkan ini.
Berikut adalah status warga Twitterjaya yang mengadu keadaan jerebu semasa memberi kesan kepada kesihatan mereka:
rawatan berhubung keadaan jerebu yang membimbangkan di negeri yang terletak di selatan tanah air itu.
Selain itu, warga Twitterjaya turut mengadu bahawa keadaan jerebu semasa telah membantutkan aktiviti harian mereka:
Nasihat dan harapan agar keadaan jerebu yang melanda Malaysia ini tidak berpanjangan turut dikirimkan oleh warga Twitterjaya:
Semalam, kira-kira 29,000 penduduk di Melaka mendapatkan Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri Melaka, Datuk Ab Rahaman Ab Karim memaklumkan, kesemua mereka dilapor mendapatkan rawatan bagi sakit asma, sakit mata serta jangkitan saluran pernafasan yang dikaitkan dengan jerebu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami