NATIONAL
Jerebu Sarawak: Tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihat

Pemandangan bandaraya Kuching yang berjerebu dirakam dari udara pada pagi 6 Sept lalu. --fotoBERNAMA/Fail
Satu lagi kawasan di Sarawak, iaitu Sri Aman mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat menjadikan kesemuanya tiga kawasan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200, setakat pukul 8 pagi ini.
Ketua sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata bacaan IPU di Sri Aman meningkat dari 175 pada 8 malam tadi, kepada 229 pagi ini.
Dua lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat sebelum ini terus mencatatkan peningkatan dengan Kuching 232 berbanding 227 pada 8 malam tadi manakala Samarahan 213 berbanding 202.
Mukah yang merekodkan bacaan IPU sederhana malam tadi beralih kepada tidak sihat dengan bacaan IPU 101 pagi ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami