Ringkasan AI
- Segamat, Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara iaitu 189 setakat 1 petang ini.
- Sebanyak 38 stesen di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan IPU kategori Tidak Sihat, dengan beberapa kawasan menunjukkan peningkatan bacaan.
- Kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal sederhana, manakala orang ramai dinasihatkan kurangkan aktiviti luar dan patuhi nasihat kesihatan.
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia kekal membimbangkan apabila Segamat, Johor terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara iaitu 189 setakat 1 petang ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 38 stesen terus mencatatkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat, dengan beberapa kawasan di Pantai Barat, selatan serta Pantai Timur Semenanjung merekodkan peningkatan bacaan berbanding sejam sebelumnya.
Di Negeri Sembilan, Seremban meningkat satu mata kepada 185 manakala Nilai mencatatkan bacaan 184.
Di Johor, selain Segamat yang kekal mencatatkan bacaan tertinggi negara, Kluang meningkat kepada 181 manakala Tangkak tidak berubah pada bacaan 173.
Di Lembah Klang, Cheras meningkat kepada 174, manakala Johan Setia kekal pada bacaan 179. Banting turut meningkat kepada 168, sementara Putrajaya dan Shah Alam masing-masing kekal pada bacaan 173 dan 170.
Di Pantai Timur, Rompin, Pahang mencatatkan bacaan 177 manakala Bandaraya Melaka meningkat satu mata kepada 173, menyamai bacaan yang direkodkan di Bukit Rambai.
Sementara itu, kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dalam kategori Sederhana. Kimanis, Sabah terus merekodkan bacaan terendah negara iaitu 56, diikuti Kota Kinabalu pada 57 dan Labuan pada 59.
Di Sarawak, Serian merekodkan bacaan 97 dan kekal dalam kategori Sederhana.
Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Malaysia setakat 1 petang ini?
A: Segamat, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 189 setakat 1 petang ini. - Q: Berapa banyak stesen yang merekodkan bacaan IPU dalam kategori Tidak Sihat?
A: Sebanyak 38 stesen mencatatkan bacaan IPU dalam kategori Tidak Sihat. - Q: Apakah nasihat kepada orang ramai berikutan kualiti udara yang tidak sihat?
A: Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa. - Q: Bagaimana keadaan kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan?
A: Kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dalam kategori Sederhana, dengan bacaan terendah di Kimanis, Sabah iaitu 56. - Q: Kawasan manakah di Lembah Klang yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi?
A: Johan Setia mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Lembah Klang iaitu 179, diikuti Cheras (174), Putrajaya (173), dan Shah Alam (170).