Skip to main content

Dunia

Cristiano Ronaldo umum bersara daripada skuad kebangsaan Portugal

Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan Portugal berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail/REUTERS
Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan Portugal berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail/REUTERS

Ringkasan AI

  • Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraan serta-merta daripada skuad kebangsaan Portugal menerusi hantaran di media sosial pada Khamis.
  • Keputusan ini dibuat selepas pertikaian dengan jurulatih Jorge Jesus dan penggantungan 30 hari oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal.
  • Ronaldo menamatkan kerjaya antarabangsanya sebagai penjaring terbanyak bola sepak antarabangsa lelaki dengan 146 gol.
Advertisement

BERLIN: Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan Portugal berkuat kuasa serta-merta, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik hantaran bintang bola sepak berusia 41 tahun itu di media sosial pada Khamis.

Penyerang itu meninggalkan skuad kebangsaan ketika rehat antarabangsa lalu susulan pertikaian dengan jurulatih Jorge Jesus mengenai masa bermain.

Beliau dikenakan penggantungan selama 30 hari oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal, namun sebelum ini dijangka kembali menyertai skuad bagi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA pada November.

Advertisement

Bagaimanapun, Ronaldo kini memutuskan untuk menamatkan kerjaya antarabangsanya selepas mencipta rekod sebagai penjaring terbanyak bola sepak antarabangsa lelaki dengan 146 gol.

"Kepada rakyat Portugal, sudah tiba masanya untuk saya menyerahkan semula jersi nombor tujuh pasukan kebangsaan kita," katanya menerusi satu video.

Advertisement

Ronaldo bagaimanapun akan terus beraksi bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr, dalam usahanya mencapai 1,000 gol sepanjang kerjaya.

Beliau sebelum ini pernah membayangkan kemungkinan bersara sepenuhnya daripada bola sepak pada tahun depan.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement