Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Jerebu: Serian kekal zon sangat tidak sihat, Kuching hampir cecah paras kritikal

SERIAN, Sept 4 (Bernama) -- Serian recorded an Air Pollutant Index (API) reading of 518 as of 10 am today, placing it in the "hazardous" category amid transboundary haze.\
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan di Serian hanya turun satu mata berbanding 212 yang direkodkan pada sebelah pagi, menjadikannya satu-satunya kawasan di negara ini yang berada dalam kategori sangat tidak sihat. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Sarawak tidak menunjukkan perubahan ketara apabila Serian terus mencatatkan kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 211 setakat jam 12 tengah hari ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan di Serian hanya turun satu mata berbanding 212 yang direkodkan pada sebelah pagi, menjadikannya satu-satunya kawasan di negara ini yang berada dalam kategori sangat tidak sihat.

Sembilan stesen lain di Sarawak turut kekal dalam kategori tidak sihat, dengan Kuching merekodkan bacaan kedua tertinggi negara iaitu 193, diikuti Samarahan (186), Sri Aman (169), Bintulu (168), Samalaju (159), Sibu (159), Sarikei (157), Mukah (129) dan Kapit (115).

Sementara itu, kualiti udara di Melaka menunjukkan sedikit peningkatan apabila stesen Bukit Rambai, yang sebelum ini mencatat bacaan 100, menurun kepada 99 dan kekal dalam kategori sederhana.

Di Lembah Klang, kualiti udara kekal pada tahap sederhana dengan Cheras mencatat bacaan 82, diikuti Shah Alam (79), Johan Setia (79), Petaling Jaya (75), Banting (75) dan Batu Muda (73), manakala Putrajaya merekodkan bacaan 68.

Beberapa kawasan lain di Semenanjung serta Sabah turut merekodkan bacaan sederhana termasuk Miri (96), Labuan (93), Batu Pahat (91), Politeknik Kota Kinabalu (90), Nilai (85), Pasir Gudang (85), Larkin (83), Seremban (80), Bandaraya Melaka (80) dan Alor Gajah (79).

Dalam pada itu, lapan stesen pemantauan di seluruh negara mencatatkan kualiti udara pada tahap baik, dengan Langkawi merekodkan bacaan terendah iaitu 21, diikuti Besut (24), Kangar (23), Tanah Merah (30), Alor Setar (42), Temerloh (44), Balik Pulau (48) dan Paka (49).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai di kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memperbanyakkan pengambilan air dan memakai pelitup muka yang sesuai bagi mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan pernafasan.
 

Must Watch Video

Advertisement