awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Tiada tanda pemulihan

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2013
02:21 MYT
Jerebu: Tiada tanda pemulihan
Situasi jerebu kini berada di tahap yang membimbangkan di mana laman web Jabatan Alam Sekitar berkata sembilan daerah mempunyai tahap kualiti udara yang tidak sihat.
Johor terus menjadi negeri yang terjejas teruk dengan Kota Tinggi dan Pasir Gudang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) lebih dari 300, iaitu tahap yang bahaya.
Muar yang berada di tahap bahaya semalam dan kini berada di tahap ‘tidak sihat’.
Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatatkan bacaan IPU 192 dan 164.
Daerah lain yang mencatatkan bacaan IPU lebih dari 100 adalah Port Dickson, Seremban, Banting, dan Larkin Lama.
Walaupun kualiti udara di Kuala Lumpur berada di tahap sederhana namun masih ada kebimbangan jika ia boleh berada pada tahap yang sama dalam masa terdekat.
Bacaan IPU untuk Kuala Lumpur adalah diantara 73 dan 89.
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak keluar dan banyak minum air ketika ini.
Topic Berkaitan
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan