awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Tujuh kawasan catat indeks pencemaran udara tidak sihat setakat 10 pagi

Bernama
Bernama
03/10/2023
04:24 MYT
Jerebu: Tujuh kawasan catat indeks pencemaran udara tidak sihat setakat 10 pagi
Nilai di Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 157 setakat pukul 10 pagi tadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 157.
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Cheras di ibu negara mencatatkan IPU 155.
Di Selangor, kawasan paling tinggi IPU ialah Banting pada 125, diikuti Petaling Jaya (117) dan Shah Alam (116).
Kawasan lain dengan IPU melebihi 100 ialah Seremban (149) dan Port Dickson (101) di Negeri Sembilan.
Sebanyak 58 lagi kawasan pula berada dalam paras sederhana dengan bacaan 51-100 manakala kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Pencemaran Udara
#paras tidak sihat
#IPU
#nilai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan