Skip to main content

Malaysia

Pijak al-Quran: Bapa suspek buat laporan polis bimbang keselamatan anak

51723446080_AshariAbuSamah.jpg
ACP Ashari Abu Samah berkata lelaki berusia 50-an itu hadir ke balai polis bersama-sama anaknya yang berusia 21 tahun pada awal pagi tadi. - Gambar fail

KUANTAN: Bapa kepada penuntut universiti yang ditahan polis kerana disyaki memuat naik kandungan menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) menerusi media sosial membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan anaknya.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata lelaki berusia 50-an itu hadir ke balai polis bersama-sama anaknya yang berusia 21 tahun pada awal pagi tadi.

Advertisement

Katanya, lelaki itu juga memohon maaf kepada umat Islam, katanya dilapor Bernama.

“Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata suspek direman sehingga 28 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Threads didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

Individu berkenaan yang didakwa merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kemudiannya tampil memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar tersebut.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan penahanan penuntut itu.
 

Must Watch Video