Skip to main content

Malaysia

Khemah bazar raya di Stadium Darul Aman terbakar

Bazaar Terbakar
Kebakaran melibatkan enam khemah, bagaimanapun kejadian itu tidak kemalangan jiwa.

ALOR SETAR: Enam khemah Bazar Aidilfitri di Stadium Darul Aman di sini yang menjual pakaian dan pelbagai kelengkapan raya, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 11.24 pagi daripada seorang wanita yang memaklumkan berlaku kebakaran khemah jualan di bazar berkenaan.

Advertisement

“Kebakaran melibatkan enam khemah, bagaimanapun kejadian itu tidak kemalangan jiwa. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum diketahui buat masa ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.25 pagi sebelum tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, kesemua khemah sedang marak terbakar dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran itu.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu dan api dapat dikawal pada 11.37 pagi. Operasi tamat sepenuhnya pada 12.36 tengah hari dan anggota forensik telah menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran,” katanya

Must Watch Video