awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan koloni PATI ‘kebal’ tepi lebuh raya digempur, 71 ditahan
Kakak tidak sangka pertemuan dengan Mohamed Saiful dua minggu lepas adalah yang terakhir
Tunku Kecil Muda dahului 532 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeti di Port Dickson runtuh dibadai Ribut Tropika Senyar, 8 lelaki terkandas selamat

Bernama
Bernama
28/11/2025
10:35 MYT
Jeti di Port Dickson runtuh dibadai Ribut Tropika Senyar, 8 lelaki terkandas selamat
Jeti Platform Petron, di Port Dickson runtuh selepas dibadai Ribut Tropika Senyar. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
SEREMBAN: Lapan lelaki tempatan yang terkandas di Jeti Platform Petron, Port Dickson susulan kejadian ribut dan laut bergelora awal pagi tadi, dilaporkan selamat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai mangsa berusia 20-an hingga 50-an terkandas di kawasan berkenaan akibat runtuhan di platform jeti selepas dibadai Ribut Tropika Senyar.
"Lima mangsa menyelamatkan diri di dalam bot tunda (tugboat) milik Petron, manakala dua lagi berada di bot penyelamat pasukan Emergency Respond Petron dan seorang terkandas di atas jeti.
"Kesemua mangsa tidak dapat balik ke darat disebabkan keadaan laut bergelora dan angin kuat," menurut kenyataan itu.
Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pengurusan Petron segera ke lokasi insiden bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menurut kenyataan itu, kesemua mangsa diselamatkan bot penyelamat Pasukan Emergency Respond Petron kira-kira 3.55 pagi.
"Kesemua mangsa dikumpulkan di dalam bot tunda dalam keadaaan selamat sebelum dibawa ke darat, dan operasi tamat pada 6 pagi tadi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut tropika Senyar
#Port Dickson
#jeti runtuh
#banjir 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan