awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JHEAT tahan tujuh mak nyah berbaju kurung, berpakaian seksi

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2024
08:32 MYT
JHEAT tahan tujuh mak nyah berbaju kurung, berpakaian seksi
Sebahagian mak nyah ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan.
KUALA TERENGGANU: Tujuh lelaki berusia 17 hingga 54 tahun ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan di sebuah kediaman di sini pada malam Jumaat.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abd Aziz berkata, serbuan tersebut dijalankan di tiga buah rumah di sebuah flat dekat bandar Kuala Terengganu kira-kira jam 12.15 tengah malam.
Menurutnya, ketika serbuan terdapat antara lelaki berkenaan memakai baju kurung serta berpakaian mencolok mata.
"Serbuan dijalankan hasil pemantauan beberapa kali oleh pegawai penguat kuasa syariah sebelum ini.
"Kita dapati mereka selalu berpakaian wanita pada waktu malam dan berada di kawasan beranda rumah.
"Keadaan tersebut telah menarik minat ramai lelaki memasuki kawasan flat itu sekali gus menimbulkan kegusaran dan rasa kurang senang penduduk setempat," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Aizi Saidi berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 iaitu lelaki yang berlagak seperti perempuan.
"Mereka ditahan telah dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
"Mereka kemudiannya dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah," jelas beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JHEAT
#mak nyah
#terengganu
#transgender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan