Malaysia tidak akan berputus asa menjalankan usaha mencari ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini dalam buruan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menegaskan bahawa usaha menjejaki Jho Low tidak akan berhenti dan akan dicari sehingga ke 'lubang cacing' sekalipun.
"Susah nak kata (tempoh Jho Low akan dibawa pulang ke Malaysia), tak boleh ramal. Apa pun terserah pada Polis Diraja Malaysia (PDRM), apa kerja mereka buat, kerjasama dengan Interpol (polis antarabangsa), negara yang kita agak (lokasi Jho Low) di situ. Apa pun kena tunggu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini pihak berkuasa Malaysia dalam membawa pulang Jho Low, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sementara itu, ditanya mengenai laporan berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador tentang kerjasama yang ditawarkan beberapa negara lain kepada Malaysia dalam menjejaki Jho Low, Muhyiddin mengesahkan perkara itu.
"Walaupun ada sikit sebanyak maklumat yang kita dapat tahu di mana dia (Jho Low) berada, walaupun dapat kerjasama dengan Interpol sudah naikkan 'red flag' (amaran), tetapi kalau tiada kerjasama negara berkenaan yang mana kita agak Jho Low ada di situ, jadi agak sukar nak ambil tindakan.
"Kita masih berusaha, tak boleh putus asa. Apapun kita nak dia dibawa ke Malaysia hadapi mahkamah dan serah kepada mahkamah tentukan," katanya.
Terbaharu, Jho Low dilaporkan telah mendapatkan taraf warganegara di negara Mediterranean, Cyprus.
Sementara itu, mengenai kenyataan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini berhubung penduduk kampung harus bersyukur dengan harga minyak kelapa sawit, Muhyiddin menjelaskan kenyataan calon PRK itu disalah tafsir.
"Kita harus bersyukur sebagai orang Islam, tetapi apa yang penting adalah apa langkah yang kerajaan mahu buat untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 04 2019
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.