KUALA LUMPUR: Pengampunan DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, banyak kes melibatkan pemimpin kanan UMNO sebelum ini menyaksikan mereka menjalani hukuman sebelum diberikan pengampunan dan dibebaskan.
Mohamad berkata, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melalui proses untuk mendapatkan pengampunan, seperti mana yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Harun Idris, dan Datuk Mokhtar Hashim.
“Dia tidak boleh diampunkan selagi belum melalui proses. Itu adalah salah, sangat salah. Kebanyakan pemimpin UMNO yang terkenal, Menteri Besar Selangor Harun Idris, dia kena jalani hukuman. Mokhtar Hashim, kena jalani hukuman.
“Semua orang (yang bersalah) perlu jalani hukuman sebelum mendapat pengampunan. Ia adalah semudah itu, tiada cara lain,” katanya seperti dilaporkan dalam portal Asia Times.
Dalam pada itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Malaysia kini merupakan sebuah negara yang sedang bergelut, dan dipimpin oleh ‘kerajaan pintu belakang’.
Katanya lagi, beliau menganggap masalah yang melingkari negara masa kini berakar dari kegagalan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberi penerangan yang telus tentang skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain itu, Mohamad turut berkata, Najib juga tidak boleh berharap terhadap layanan istimewa dari kerajaan yang dipimpin UMNO dan BN sekiranya ahli Parlimen Pekan itu dipenjarakan berhubung kes rasuah.
“Mahkamah adalah satu-satunya tempat untuk anda membuktikan anda tidak bersalah atau sebaliknya. Dia (Najib) tidak membuktikannya, dan dia tidak mampu membuktikannya. Jadi semua orang perlu membayarnya."
"Jika mahukan pengampunan, dia perlu melalui proses. Dia perlu masuk ke dalam (penjara) terlebih dahulu,” tambah Mohamad.
Astro Awani
Tue Jul 05 2022

Menurut Mohamad, beliau menganggap masalah yang melingkari negara masa kini berakar dari kegagalan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberi penerangan yang telus tentang skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad. - Gambar fail
![[TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti [TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981847/21620390761660042476121_640x360.jpg)
[TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti
Mujibu Abd Muis, Penganalisis Politik

GEG | Agong harap RUU rokok disokong semua pihak
Usaha kerajaan untuk menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat khususnya generasi akan datang menerusi Rang Undang-Undang (RUU) kawalan produk tembakau dan merokok perlu disokong semua pihak. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, generasi muda perlu dididik dengan amalan-amalan kesihatan yang baik.

Perkeso bayar 279,111 pekerja akibat COVID-19 - Awang Hashim
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, seramai 279,111 penerima faedah Perkeso dan dibayar akibat jangkitan COVID-19 menerima faedah sehingga 16 Julai 2022.

Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan
Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Projek Ternakan Ayam | Felcra Berhad bakal bekal 3.5 juta ayam setahun
Felcra Berhad bakal menjadi pembekal 3.5 juta ayam pedaging setahun apabila projek ternakan ayam sistem tertutup di Rompin, Pahang siap.

Siasatan LCS | PAC pertahan tindakan dedah maklumat LCS
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mempertahankan tindakan jawatankuasa itu mendedahkan laporan isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) kepada umum.

Haiwan Dilindungi | Warga asing dipenjara simpan kepala rusa, bulu landak
Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Sandakan, pada Selasa, selepas didapati bersalah memilik kepala rusa, tanduk kijang dan bulu landak. Tertuduh Jesus A Apolina Rion, 49 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darma Fikri Abu Adam.

Tangki Air Runtuh | Lima pelajar cedera dikejar ke hospital
Lima pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kota Bharu dikejarkan ke hospital serta klinik kesihatan selepas tangki air sekolah berkenaan runtuh. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.05 pagi.

Ainul diserang sawan: Seperti ditidurkan, hanya bola mata saja mampu digerakkan - Ibu
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.

Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.

'Jika Najib mahukan pengampunan, ikut proses' - Tok Mat
Pengampunan DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.