awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/04/2024
09:50 MYT
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai dakwaan memiliki berbilion ringgit - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan bukti, jika benar beliau melakukan kesalahan.
Dr Mahathir dalam kenyataan terbaharu hari ini berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan dirinya telah melakukan kesalahan.
"Kata Ketua Polis Negara, saya tidak dilayan sebagai penjenayah.
"Tetapi notis kepada anak saya, Mirzan menyebut bahawa SPRM mendapati - bahawa satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir Mohamad," katanya pada Isnin.
Dr Mahathir menambah, dakwaan terhadap beliau yang kononnya memiliki berbilion ringgit telah dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau sendiri tidak tahu memiliki berbilion ringgit.
"Oleh itu saya telah saman Anwar supaya menunjuk bukti yang saya memiliki berbilion ringgit. Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbilion ringgit.
"Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah," tambah Dr Mahathir lagi.
Dalam masa sama, Dr Mahathir turut mempersoalkan statutory declaration oleh bekas penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tidak ditarik balik.
"Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka. Demikian juga dengan kes (Tan Sri) Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya?," soal Dr Mahathir.
Pada 31 Mac lalu, Datuk Seri Mukhriz mengesahkan SPRM sedang menyiasat Dr Mahathir.
Sementara, pada Januari lalu SPRM mengarahkan Tan Sri Mokhzani dan Mirzan untuk mengisytiharkan harta masing-masing sejak 1981.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#SPRM siasat Tun M
#Anwar Ibrahim
#Mirzan Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan