KUALA LUMPUR: Seorang bekas ahli UMNO berpandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu 'kekal' sebagai Presiden UMNO dan kepimpinan parti Melayu itu perlu meneruskan perjuangan walaupun selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata mungkin hanya dengan cara itu, orang Melayu akan terus meninggalkan UMNO.
Beliau juga menyifatkan UMNO kini sudah tercalar dan berparut.
"...dan sekiranya (UMNO) tidak boleh diperbaiki lagi, biarkanlah parti itu mati secara semula jadi.
"Biasalah, dalam setiap pertandingan dan perlawanan hanya akan ada satu pemenang dan fitrahnya juga pasukan yang kuat dan mempunyai 'kapten' yang bagus serta disegani akan muncul sebagai juara, sebaliknya jika lemah inilah hasilnya," katanya dalam kemas kini di laman Facebook pada Selasa.
BACA: Zahid sedar gesaan letak jawatan, ikrar perbaiki nasib UMNO
BACA: PRN: Kekalahan teruk UMNO bukti Melayu tolak DAP - Penganalisis
Pada PRN 12 Ogos lalu, Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi dengan dua kerusi di Selangor, Negeri Sembilan (14), Kelantan (satu); manakala dua di Pulau Pinang.
Lebih mengejutkan apabila kerusi yang disandang dua bekas Menteri Besar Terengganu iaitu di DUN Kijal dan Seberang Takir serta beberapa kubu kuat BN di Hulu Besut, Jertih, Kuala Besut, Telemung, Batu Rakit, Bukit Besi, Air Putih dan Langkap turut tumbang.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid juga kalah teruk apabila hanya menang 26 kerusi Parlimen.
BACA: Pasca PRN: 'UMNO perlu segera tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan'
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata beliau terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan kerana melihat kepada suasana politik sekarang yang disifatkan sudah agak 'terlambat' bagi Presiden dan kepimpinan UMNO untuk meletak jawatan.
Sebaliknya, beliau berkata kesemua mereka 'elok dikekalkan' bersama Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tidak wajar mana-mana pemimpin UMNO didesak supaya meletak jawatan berikutan kekalahan memalukan parti itu pada PRN15 baru-baru ini.
"Mereka pada hemat saya, perlu dikekalkan termasuk Presiden, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua UMNO Negeri dan Ketua Bahagian termasuk ketua sayap parti," ujarnya.
Syed Ali menambah membebankan mereka (kepimpinan UMNO) sebagai punca kekalahan parti pada PRN lalu adalah tidak adil dan sewajarnya semua ahli UMNO perlu bertanggungjawab atas keputusan yang telah mereka lakukan.
Dalam masa sama, beliau menegaskan ahli parti yang setia mendukung kepimpinan Presiden UMNO tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain untuk menutup kelemahan parti yang sudah ditolak oleh majoriti orang Melayu.
Terdahulu, kekalahan teruk BN dalam PRN mengundang pelbagai reaksi daripada pemerhati politik dan ahli UMNO sendiri.
Ini termasuk daripada ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkata, keputusan PRN di enam negeri pada Sabtu lepas merupakan amaran akhir untuk kelangsungan politik UMNO dan parti itu perlu berubah.
Sementara, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilaporkan berkata UMNO perlu mengkaji semula cara parti itu ditadbir.
Ahli Parlimen Titiwangsa itu menegaskan UMNO harus menilai keupayaan struktur sedia ada untuk menarik pengundi Melayu sebelum PRU16.
Hari ini, The Star melaporkan Ahmad Zahid sedar bahawa wujud gesaan terhadapnya supaya meletak jawatan dalam parti susulan prestasi UMNO yang dilihat tidak memuaskan dalam PRN, baru-baru ini.
Mengaku "bertanggungjawab sepenuhnya" atas apa yang terjadi, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun tidak membuat sebarang kenyataan sama ada mahu berundur diri atau tidak.
Hasimi Muhamad
Tue Aug 15 2023
Syed Ali berkata mungkin dengan cari itu, orang Melayu akan terus meninggalkan UMNO, yang kini disifatkan sudah tercalar dan berparut - Foto/Facebook Syed Ali
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
"Jika UMNO tidak boleh diperbaiki, biarkan ia mati secara semula jadi" - Syed Ali
Syed Ali menyifatkan UMNO kini sudah tercalar dan berparut.