awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIM serah kepada SPRM siasat lima pegawai terlibat sindiket

Bernama
Bernama
21/08/2024
13:26 MYT
JIM serah kepada SPRM siasat lima pegawai terlibat sindiket
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil. - Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengalu-alukan tindakan penahanan lima pegawai jabatan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.
Beliau berkata JIM tidak akan berkompromi serta melindungi mana-mana pegawai yang melakukan pelanggaran integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah sama ada di pintu masuk negara atau mana-mana Pejabat Imigresen di seluruh negara hingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta negara.
"Tindakan dan hukuman yang berat akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tindakan buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.
"JIM serius dan komited dalam memastikan integriti pegawai jabatan ini sentiasa berada di tahap maksimum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Ruslin mengalu-alukan orang awam untuk melaporkan salah laku pegawai Imigresen seperti penyelewengan, salah guna kuasa, kesalahan tatatertib dan rasuah melalui talian 03-8880 1246, e-mel [email protected] atau hadir sendiri ke Aras 4, Bahagian Integriti, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di sini.
Hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya berjaya membongkar sindiket yang membawa masuk warga asing ke negara ini, susulan penahanan 12 individu menerusi Op Pump yang dijalankan SPRM di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan semalam.
Turut dilaporkan, mereka yang ditahan termasuk empat pemilik syarikat, tiga orang awam yang dipercayai menguruskan kemasukan warga asing dan lima penguat kuasa yang bertugas di KLIA Terminal 2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#SPRM
#Ruslin Jusoh
#siasatan
#penahanan pegawai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan