Gara-gara melakukan aksi terlampau dengan berbogel di hadapan jirannya, seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal dihadapkan ke mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini. Tertuduh, P. Maniam 49 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya, dibacakan oleh jurubahasa di hadapan majistret Mohd Firdaus Saleh. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati berkelakuan kurang sopan ketika berada di belakang rumah dengan berbogel untuk dilihat oleh seorang remaja berusia 17 tahun dan disaksikan oleh bapanya berusia 57 tahun. Kesalahan itu dilakukan di Taman Saujana Indah, Bukit Katil Melaka sekitar 5.30 petang, 18 dan 25 April 2017 lalu. Justeru, tertuduh didakwa mengikut seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 jika sabit kesalahan. Terdahulu, prosiding yang dikendalikan timbalan pendakwaraya Shazreen Nadia Saaban mencadangkan jaminan RM6,000 diberikan terhadap tertuduh. Maniam yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah jaminan yang serendah-rendahnya. Mohd Firdaus pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini. Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah. Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas. Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini Pelaksanaan rangkaian 5G oleh K-KOM melalui DNB itu akan diperluas melalui penggunaan perabot jalan seperti tiang lampu jalan.
Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut Mangsa telah dipijak selama seminit di bahagian kepala oleh tertuduh selepas lelaki itu tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa.
Penyelia syarikat didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian Lee Han Wee mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut, akhir bulan lalu.
Polis siasat pihak sebar tuduhan pemimpin politik Melaka terbabit serangan seksual Polis telah menerima dua laporan berkaitan penyebaran mesej berkenaan.
Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan berasaskan eko, agro Inisiatif dijalankan bagi menambah produk pelancongan dan mengalihkan tumpuan pelancong yang tertumpu di pusat bandar yang kini semakin sesak ke luar bandar.
Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
Tumbuk, bawa lari kereta polis, cubaan melanggar: Lelaki mengaku tidak bersalah lima pertuduhan Tertuduh didakwa cuba membunuh seorang anggota polis yang boleh menyebabkan kematian dengan memandu laju sebuah kereta polis.
8 tahun rogol anak, pemandu teksi kini direman Seorang pemandu teksi direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas dipercayai merogol anak kandungnya yang kini berusia 14 tahun.
Rogol berkumpulan: Dua beradik dihadapkan ke mahkamah Dua beradik A. Gunasekaran dan A. Sarawanankumar, serta rakan mereka, K. Dinesh, didakwa merogol seorang remaja perempuan pada 28 Feb lalu.
Cubit anak tiri, wanita hamil dihadapkan ke mahkamah Gara-gara mencubit paha anak tirinya sehingga lebam, seorang wanita hamil berusia 28 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini.