awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM Kelantan rampas rokok nilai RM551,749

Bernama
Bernama
27/03/2023
07:35 MYT
JKDM Kelantan rampas rokok nilai RM551,749
Serbuan itu dilakukan pada 11 pagi oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang. - Gambar/ Sinar Harian
PASIR MAS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok bernilai RM551,749 dalam dua serbuan premis di Kuala Krai, Isnin lepas.
Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata serbuan itu dilakukan pada 11 pagi oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang.
"Hasil daripada maklumat yang diterima dan intipan yang dilakukan, pasukan operasi merampas 441,120 batang rokok dan dua kenderaan turut disita.
"Rampasan rokok dianggarkan bernilai RM174,300 di pasaran tempatan dengan kehilangan nilai cukai berjumlah RM367,449," katanya dalam sidang media di JKDM Rantau Panjang di sini hari ini.
Wan Jamal Abdul Salam berkata susulan serbuan terbabit seorang lelaki berusia lingkungan 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.
"Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengangkut masuk rokok-rokok tersebut dari selatan tanah air dan disimpan di suatu tempat sebelum diedarkan kepada pelanggan untuk pasaran tempatan," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda minimum 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000 mana yang lebih besar dan maksimum 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara selama suatu tempoh minimum enam bulan dan maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM
#Kelantan
#rokok seludup
#Kuala Krai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan