awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM Perlis rampas barangan bernilai lebih RM43 juta

Bernama
Bernama
19/09/2025
10:09 MYT
JKDM Perlis rampas barangan bernilai lebih RM43 juta
Rampasan itu antara lain melibatkan dadah, barangan sejuk beku, tayar, ketum, rokok, mata wang, mercun, barangan bersubsidi dan minuman keras. - Gambar hiasan
PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas pelbagai barangan termasuk dadah dengan nilai RM43.25 juta dari 1 Jan hingga 31 Ogos, kata pengarahnya Ismail Hashim.

Ringkasan AI
  • JKDM Perlis merampas pelbagai barangan bernilai RM43.25 juta dari Januari hingga Ogos 2025, melibatkan 98 kes termasuk rampasan dadah bernilai RM23.25 juta dan rokok elektronik bernilai RM12.90 juta.
  • Rampasan lain melibatkan barangan sejuk beku, tayar, ketum, rokok, mata wang, mercun, barangan bersubsidi dan minuman keras, dengan nilai rampasan masing-masing direkodkan mengikut kategori.
  • JKDM menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam penyeludupan yang bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara, tetapi juga mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata rampasan itu melibatkan 98 kes dengan lapan kes dadah mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM23.25 juta, rokok elektronik (tiga kes, RM12.90 juta), barangan lain (36 kes, RM4.84 juta), barangan sejuk beku (tiga kes, RM1.09 juta) dan tayar (tiga kes, RM694,079).
"Selain itu, rampasan juga melibatkan ketum (enam kes, RM231,425), rokok (30 kes, RM121,091), mata wang (satu kes, RM65,000), mercun dan bunga api (tiga kes, RM16,741), barangan bersubsidi (dua kes, RM10,591) serta minuman keras (tiga kes, RM9,350)," katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Padang Besar di sini hari ini.
Ismail menasihatkan orang ramai tidak terlibat penyeludupan dan membantu usaha JKDM membanteras kegiatan itu.
"Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara daripada segi ketirisan hasil malah turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM
#Perlis '
#isu penyeludupan
#padang besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan