awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta

Bernama
Bernama
15/01/2025
14:47 MYT
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Rohaizad berkata kontena berkenaan telah disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. - Gambar fail/JKDM
BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai pada 26 Dis lepas.
Pengarah Kastam Pulau Pinang Rohaizad Ali berkata rokok berkenaan ditemukan ketika Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri memeriksa sebuah kontena yang berlabuh di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor kira-kira 11.20 pagi.
"Kontena itu diisyhtiharkan membawa pakaian terpakai namun hasil pemeriksaan menemukan 22,500 karton mengandungi 4.5 juta batang rokok putih yang disembunyikan di sebalik 175 karton pakaian lusuh dan terpakai.
"Kesemua barangan disyaki tak berkastam itu dianggarkan bernilai RM1.37 juta serta melibatkan duti berjumlah RM4.47 juta," katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal di sini hari ini.
Beliau memaklumkan siasatan awal mendapati kontena itu dari Thailand dan transit di Pelabuhan Klang sebelum dikatakan akan menuju ke India.
Rohaizad berkata kontena berkenaan telah disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.
Dalam kes berasingan di pelabuhan sama pada 12 Dis lepas, beliau berkata Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang dengan kerjasama Cawangan Siasatan Khas (CSK) Ibu Pejabat menyita 52,790 tin minuman keras jenis bir, dianggarkan bernilai RM1.18 juta termasuk cukai.
Beliau berkata minuman keras itu ditemukan hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena dari India dan berdasarkan semakan awal sindiket membuat ikrar dengan mengisytiharkan kontena itu membawa perabot selain didaftarkan menggunakan alamat syarikat palsu.
"Hasil pemeriksaan dilakukan ke atas kontena itu menemukan minuman keras bir yang disyaki barang larangan. Sitaan melibatkan 52,790 tin bersamaan dengan 26,395 liter minuman keras jenis bir dianggarkan bernilai RM264,000 serta melibatkan cukai berjumlah RM917,083.20," katanya.
Tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(a), Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#minuman keras
#rokok seludup
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan