awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Somalia pulangkan semula bekalan bantuan WFP di tengah-tengah penggantungan bantuan AS
Harga barangan masih stabil, tiada kenaikan luar biasa seperti didakwa - KPDN P. Pinang
Keputusan CAS: FIFA maklum ahli bersekutu - FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM tumpas penyeludupan rokok, minuman keras bernilai RM5.48 juta

Bernama
Bernama
10/07/2025
15:15 MYT
JKDM tumpas penyeludupan rokok, minuman keras bernilai RM5.48 juta
Muhammad Ilyas berkata kesemua operasi dijalankan hasil risikan yang membawa kepada serbuan di beberapa premis sekitar Klang dan Rawang di Selangor. - Gambar JKDM Negeri Sembilan
SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras melibatkan nilai sitaan keseluruhan termasuk cukai sebanyak RM5.48 juta dalam empat serbuan di Selangor sepanjang Mei lepas.
Pengarah JKDM negeri Muhammad Ilyas Queek Abdullah berkata kesemua operasi dijalankan hasil risikan yang membawa kepada serbuan di beberapa premis sekitar Klang dan Rawang di Selangor.
"Bagi kes pertama, pemeriksaan dilakukan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Kapar, Klang menemukan 59,489 botol minuman keras pelbagai jenama bersama label cukai palsu, pelekat botol, kotak pembungkusan minuman keras, botol kosong dan mesin compress botol pada 5 Mei.
"Nilai sitaan dianggarkan sebanyak RM143,691, manakala anggaran cukai terlibat ialah RM1.4 juta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes kedua pula, serbuan di sebuah gudang di Taman Klang Utama, Klang, pada 13 Mei menemukan 61,864 peket rokok putih dan kretek pelbagai jenama disyaki barang larangan dengan nilai sitaan dianggarkan RM123,585, manakala cukai kira-kira berjumlah RM745,373.
Muhammad Ilyas berkata bagi dua serbuan di kawasan perindustrian Anugerah Suria, Rawang pada 19 Mei, pihaknya menjumpai 143,600 peket rokok putih serta kretek pelbagai jenama dan saiz, dengan nilai sitaan mencecah RM246,144 dan anggaran cukai sebanyak RM1.2 juta.
Selain itu, pihaknya turut menyita 99,500 peket heated tobacco pelbagai jenama disyaki barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, dengan nilai sitaan RM208,810 dan membabitkan cukai hampir RM 1.4 juta.
Beliau berkata kes pertama disiasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Eksais 1976 manakala kes kedua hingga keempat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minuman keras
#JKDM
#barang larangan
#kawasan perindustrian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan